Wednesday, January 5, 2011

Cemburu Buta!!!



penah dengar ape itu cemburu buta???wow bahaye cemburu buta ni boleh menjejaskan hubungan tidak kira lah dalam percintaan ataupun persahabatan...

Perempuan kaki cemburu terdapat di mana-mana - di pejabat kerajaan, office swasta, pusat beli-belah, gedung jualan murah, kedai barang kemas, pasar pagi, pasar malam, IPTA, IPTS dan di merata-rata tempat.Aku panggil "perempuan kaki cemburu" kerana cemburunya luar biasa sehingga benda-benda kecil, remeh dan temeh dijadikan sebab untuk melayan cemburunya. Pandang perempuan lain di depannya, dia cemburu. Cakap telefon lama sikit dengan perempuan lain dia cemburu. Balik lewat dia cemburu. Makan luar sekali-sekala sama kawan perempuan sepejabat dia tahu dia cemburu. Malah senyum dengan model dalam iklan sabun di kaca tv pun dia cemburu. Alahai seksanya jadi pasangan perempuan kaki cemburu. Nasib baik kucing betina tidak sebesar orang, kalau tidak dia barangkali cemburu juga.

Kekadang cemburunya membuat kita hilang akal. Sudahlah dia sendiri seperti hilang akal kerana cemburunya yang buta itu, kita juga turut hilang akal. Masakan tidak hilang akal apabila dia memasang cemburu di setiap langkah dan penjuru. Ke mana sahaja kita pergi, cemburunya sentiasa ikut bagaikan bayang diri. Malah masuk tandas awam lama sikit pun dia boleh cemburu. Katanya di dalam tandas awam ada manusia dua alam sedang menunggu jantan macho. Alamak, mana pula dia tahu tandas awam lelaki ada penghuni manusia dua alam.,huhuhuhuhu,,,kecian si dia kn,,,i'm sorry dear,,huhuhuhuhu,,,


Kata orang, cemburu tanda sayang. Kalau tidak cemburu, maksudnya tidak sayang. Aku tahu itu. Perasaan cemburu sama ada lelaki atau perempuan lahir daripada perasaan sayang. Perasaan sayang yang tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Tetapi apabila cemburunya melampau, bukan tanda sayang lagi, tetapi tanda akan berkelahi. Manusia sanggup berkongsi apa-apa sahaja, tetapi liat sekali untuk berkongsi benda yang satu itu. Dalam Islam lelaki dibenarkan berkahwin lebih daripada seorang, tetapi tidak ramai isteri yang sanggup berkongsi suami. Madu itu manis tetapi bukan madu kasih. 
huhuhuhuhu,,,aku juga tergolong dalam golongan cemburu buta...aku pon tak tahu lah kenape aku nie mcm nie,,,mayb sbb aku terlalu sayangkan dy kot,,,aku xnak orang yang aku syg rapat dengan org len wlpn aku th dy pon syg aku,,,huhuhuhuhu,,so kalau ada siapa yang cemburu buta macam aku,,,jom lah kite berubah,,,kesian kt pasangan kite tue,,,jom la kite berubah,,,





No comments:

Post a Comment