Tuesday, January 4, 2011

HaPpY nEwS YeAr 2011!!!




Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2011,,, Begitu cepat masa beredar,,,Umur sudah bertambah satu tahun lagi. Seperti biasa, apabila menjelang tahun baru, rasanya banyak perkara baru yang bakal muncul dalam kehidupan kita bersama azam baru...Pastinya ramai antara kita yang telah menyematkan azam baru di dada setelah azam lama ditinggalkan bersama tahun 2010...

Banyak orang banyak azamnya...Azam kita mungkin berbeza, malah pastinya berbeza dengan azam kawan kita....Walaupun sama-sama gemar tomyam atau mee bandung muar, tetapi azam di hati belum tentu serupa...Ramai yang berjaya mencapai azamnya, tetapi ramai juga yang sama sekali gagal...Azam tidak akan tercapai sekiranya tidak disertai dengan kesungguhan.

Azam manusia memang tidak terhitungkan banyaknya...Setiap orang tentu mempunyai kemahuan tersendiri...Orang hidup yang masih berdegup jantungnya pasti ada kemahuan, impian dan cita-cita...Selagi ada nafsu, selagi itulah ada kemahuan. Selagi ada kemahuan pastinya ada perasaan untuk mencapainya. Dari situlah azam muncul. Azam adalah kemahuan, impian dan cita-cita yang kuat hendak dicapai atau dikecapi.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 dan semoga azam tahun 2011 akan tercapai!!!!

No comments:

Post a Comment